Selasa, 9 Mac 2010

Penggunaan blog ini

Semua kenalan termasuk pelajar dari SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL QURAN CHENDERAH MELAKA dan SMK POKOK SENA KEDAH digalakkan untuk menggunakan blog ini untuk melihat beberapa maklumat berkenaan dengan pelajaran dan maklumat lain berkaitan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan anda digalakkan untuk berhubung terus dengan cikgu di sini. Jadikan kemudahan yang disediakan kepada kita sebagai langkah untuk kita terus maju dalam bidang masing-masing. Komen anda yang membina amat penting dalam memajukan lagi Ummah kita demi kesejahteraan manusia keseluruhannya.
cikgu wahab, pokok sena, kedah

Ulangkaji Tatabahasa untuk hari ini - MORFOLOGI

Morfologi - Kajian tentang perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata (TD-E3). Unit terkecil dalam bahasa ialah morfem. Kemudian perkataan yang mengandungi makna yang lengkap dan boleh berdiri sendiri dalam ayat.
Imbuhan - dimaksudkan dengan unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain dan akhirnya menukar makna nahunya.
- Terdiri daripada awalan, akhiran, sisipan, apitan
......akan bersambung pada masa yang akan datang......

MAJLIS PERASMIAN BLOG CIKGUWAHABOFHAMLATULQURAN

Pada hari ini, 9 Mac 2010, cikgu Abdul Wahab bin Abu Samah telah merasmikan blognya sendiri yang diberi nama cikguwahabofhamlatulquran. Diharapkan blog ini nanti akan dapat memudahkan semua kenalan cikgu Abdul Wahab untuk mengetahui catatan hariannya sebagai seorang pengembara Ilmu.